filling my empty soul

Tuesday, September 4, 2012

My Family



Those are my family . Keep wondering what happen to me if they dont have by my side now . I wouldnt be who I am now if they're not here . That is my parent , Mat Yunus Bin Jumat with my rocky mama Rodzleen Binti Zainudin . Diorang memang sporting but still diorang akan guide kami adik beradik . The other picture is me with my siblings . Yang bwt peace tu kakak (Nurul Faeiqah Binti Mat Yunus) my parent second child . Yang muke monyok tu adik (Nurul Batrisyia Binti Mat Yunus) and the youngest is that little cute guy sitting on me (Muhammad Nur Adden Bin Mat Yunus) . We're been leaving as a happy family even ade salah faham . Tapi biasa lah kan , salah faham memang akan ade dalam family . Kalau tak bosan lah hidup and kami anak anak takkan jadi seorang yang matang . They're fun to me and i really love them . Sape kacau aku kasi parang atas kepala yer . Siape yang nak kucar kacirkan family aku akan aku bagi rasa kaki , tangan dan parang di kepala dan muka . Biar nak jadi ape pown kat aku asalkan family aku okay . Your child are all getting bigger and you umi and abah are getting older . So jangan nak perasan mude yer . Dalam nie jer boleh cakap . I'm 18 now . And i'm study in the aviation sector . Minat punye pasal kan , so parent aku bagi lah . Kakak pown dah remaja as she's 13 now . She's studying at one of the place I've once studied when I was 14 , 15 and 16 that is SHAKS(Sulatanah Hajjah Kalson School) . Adik still in primary school and shee's at SJK(C) Kong Min Beserah . She's 11 now and next UPSR (ade ker UPSR ? ) . Addeen is 7 and he's at SRA al-Irsyad Balok . Addeen belajar leklok keyh . Umi nak sorang anak dye jadi Imam bila besar nanti . These are my family members and no one can touch them cause I love them much . :)

Monday, September 3, 2012

First two subject that i've learnt in MATA :)

MATA (Malaysian Aviation Training Academy) 
     Tempat itulah di mana akan aku jadi seorang manusia yang menjadi kebanggaan ibu bapa dan para saudara ku kelak . I've been studying here for two month now . Being so great studying here with the environment , facilities (even the building still in progress) , instrustor and students are the best i've had . 

   

  Instructor is the person that will teach us according to their specialties . Sir Taufik is the guy that teaching my class for Technical English . We'll learn almost everything about the terms in the aviation . He's great and we've had so much fun studying with him . I'll make sure all the assignment given is done by the dateline to make him feel happy to teach us and we'll have fun being his student at the same time . I've done about 5 presentation and more assignment will come . 


Miss Yuradiah is a pretty lady that teach us on DCAM Part 66 Module 1 (Math) . You'll never got an instructor that will teach you just like during the school time . She'll make sure all the students inside  the class understand of what she's teaching in front . Even we're given a lot of exercises but it doesn't stop us from finishing it and enjoy at the same time . When you're enjoying your classes , all the thing you've learn will permanently got the ideas or point of what you've been studying in classes . And thanks Miss for not giving up teaching me all this time until i've pass my final for this subject . :)








doa aku setiap hari .

Ya Allah , kau jadikanlah aku anak yang solleh . ku mohon kau lembutkan hatiku untuk tidak berkeras dengan ibu bapa ku . kau lembutkanlah hatiku untuk berubah kepada seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab . kau bukakan lah pintu hatiku untuk berhenti daripada melakukan segala kejahatan yang aku lakukan . berikanlah aku cahaya mu untuk lebih tunduk kepadaMu . Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima ku kembali . aku mohon kepadaMu untuk melembutkan hatinya . sesungguhnya akanku membimbingnya dengan cara yang halal di sisi agama . aku mohon kepadaMu untuk merestui hubungan kami dan keluarga . Amin .

Saturday, July 28, 2012

. . . .

best lah ade orang yang kite sayang tapi dye macam tak amek kesah langsung pasal aku . ayat dye ckp kat kawan dye paling best ! 'mase belajar kite main main dulu , dah abes blaja baru serius' . yeay ! got it syg ! thanks !!!!

Wednesday, December 7, 2011



~Muhammad Faiz Amiruddin~
~18 Years Old~
Itu name mamat dalam gambar kat atas tuh ! Dye nie GILE nak mampos ! Dye abang angkat aku ! Dye bf kepada awek dye ! Dye banyak ubah dan tolong aku ! Dye orang kedua yang faham aku selain HARITH ! Dye banyak bagi semangat kat aku ! Dye nie kawan yang betul-betul boleh buat kawan sejati ! Dye lah yang selalu buat aku jadi gile ! Dye nie kekadang kalau kacau or nyakat orang memang tak ingat dunia ! Dye kekadang suke buat dunia nie macam dye punye ! Dye nie caring gile ! Dye pandai layan orang tua ! Dye jugak lah orang yang selalu tolong settlekan masalah dalam 'FAMILY' kitorang ! Faiz .. Kau memang seorang kawan yang memang bole buat kawan sampai mati .. Aku tak tau camne kalau kau takde .. Kalau kau takde aku dah hilang sorang daripada beberapa orang yang boleh buat aku epy , nangis , sedih , gile , bangang .. Hope our friendship last longer ! Sayang kau faiz ! Hehe    


~Puteri Nurain Hidayah Bt Megat Syukor~
~Yee~
~16 Years Old~
Awek cung kat sebelah Faiz tuh awek dye ! Aku tau camne perasaan Faiz kat awek dye ! Tu pown sebab Faiz cite sume mende tak kesah lah even dye keluar kjup ngan yee or gi umah yee jup ! But i'll keep it secret ! Nak tau tanye Faiz sendiri ! Yee tu pown aku agak rapat lah jugak ! Pape pown aku doakan korang kekal sampai mati and hope korang happy selalu ! Luv both of you ! 

Saturday, April 30, 2011

perlakuan yang menyebabkan aku sudah kurang 'aktif' seperti dulu ! [PENYESALANKU]

Pagi ini, dalam keadaan yg masih hujan renyai, aku dan Hubby Baby menaiki kereta menuju ke Pasar Tani di banda Kuantan. Menyusuri jalan, aku minta kereta diberhentikan di tempat kejadian.

                          Nampak tak tunggul yang ada pecahan2 bumper kereta? Itu le tunggulnya...

KAlau dilihat pada tunggul pokok yg dihentam kereta yang terbabas kelmarin, rendah aje tunggulnya. Ia hanya sebesar sepemeluk aku sahaja..


 Yang lopak-lopak air tu ialah kesan tayar kereta yg cuba Along hentikan pergerakan yang tak terkawal pada malam yg basah itu...

 Lampu kereta seketul yang tercabut atau dicabut oleh JPA3 semasa ingin mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta.

 Cebisan kereta yang tercampak yang masih dapat dilihat .....Terkedu sekejap aku dibuatnya...Kepalaku ligat membayangkan keadaan mereka saat kejadian itu.

Di tempat aku berdiri itu, disitulah kereta berhenti berpusing. Di situ, berselerakan kaca-kaca dari cermin- cermin kereta yang dipecahkan untuk mengeluarkan Along dan Shafiq, penumpang kedua.

Menurut Hubby Baby, bonet Iswara Aeroback milik Zainudin (ayah Harith) terpaksa di pecahkan & dileraikan untuk mengeluarkan Shafiq yang tersepit di bahagian belakang kereta. Subhanallah! Kalau aku berada di tempat kejadian semasa misi penyelamat, adakah aku boleh berdiri tegak melihat segala process itu? Atau adakah aku akan rebah menangisi takdir Allah? Walau apapun jua, Allah sangat mengasihi Along, Shafiq dan Harith kerana mereka masih bernyawa, masih boleh tersenyum, berbual dan boleh ingat semua kejadian yg mereka lalui.Mereka juga masih boleh bergerak, namun  Shafiq masih diarahkan untuk CRIB@Complete Rest In Bed. Petang semalam, dia sudah mulai bergurau dengan kakak-kakaknya & berbual rancak dengan Along yang berkerusi roda, yang  kerap duduk di samping katilnya.

Melihat Along dan Shafiq, tergenang airmataku. Melihat K Zam dan En. Shokir (ayah & ibu Shafiq) yang tabah dan sangat positive menerima musibah ini, aku sangat kagum dan malu.... K Zam banyak memberi kata-kata semangat kepadaku yg tak henti-henti meluahkan kekesalanku atas kejadian ini. Aku, Hubby Baby, Ani(Ibu Harith) dan Din(Ayah Harith) sama-sama merasai keresahan dan kebimbangan mereka,. Aku sering meletakkan diriku di tempat mereka. Aku mungkin tak sekuat mereka...

En Shokir dan K Zam sama-sama tegas menyatakan,  kejadian ini bukan terletak diatas bahu seorang sahaja. Ketiga-tiga mereka sama-sama melakukan kesilapan. Mereka redha dan tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana kami sama-sama tinggal dalam satu kawasan dan saudara seagama. Cuma, Hubby Baby dan Din akan berusaha sedaya upaya mereka supaya segala kos perubatan Shafiq sepanjang pemulihannya yg mungkin memakan masa sebulan akan dapat diringankan. Aku dan Ani pula, hanya mampu mendoakan kesembuhan Shafiq dengan cepat kerana tahun hadapan, Along dan Shafiq, sama-sama akan menduduki peperiksaan SPM.

Beberapa hari yang lepas, aku  membuat entry di FB seperti ini...TAnpa aku sedari ,aku akan diduga Allah..

December 15 at 5:22pm


~~~"Bila kita diduga Allah, jangan cepat mengeluh kerana dugaan itu adalah tanda bahwa Allah mengasihi kita & mahu kita perbaiki apa yang masih pincang...

ada masa kita di atas..ada masa kita di bawah....
Masa kat bawah tu, jgn sampai penyek muka, dah le...

Mungkin Allah mahu mempersiapkan aku untuk menghadapi dugaan ini...Dia telah menggerakkan hatiku ... Apapun juga dugaannya, Alhamdullillah sahaja yang aku mampu ucapkan......

Cuma satu sahaja pesanan buat anak-anakku serta semua yang sedang merasakan keseronokan di alam remaja ini. Keseronokan dalam berkawan ada batasnya. Bila sudah melampaui batas, mungkin musibah jadinya. Keseronokan itu tidak berpanjangan.. Hiduplah dalam realiti. Dan jangan lupakan Allah dalam ketawa bersama-sama. Sentiasalah istighfar. Insyaallah, Allah akan lindungi kita dari termakan hasutan iblis yang mengelilingi kita


Top of Form


Bottom of Form

Posted by Cool Lean at 13:39 0 comments http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif Links to this post
17hb. Disember 2010
10:30 pm

Dalam hujan renyai yang berpanjangan dari Maghrib, sebuah kereta yang sedang meluncur di laluan kiri jalan 2 lorong, gagal dikawal... Pemandunya cuba untuk mengawal kenderaan. Dia memutarkan stering kereta tapi hilang kawalan. Akhirnya, inilah rupa kereta itu...

 Wiper kereta terhenti dalam keadaan menegak, menunjukkan bahawa semasa kejadian itu, hujan masih renyai & jalan licin...

 Bahagian sisi pemandu dan penumpang ketiga yg remuk kerana hentaman kuat di tunggul pokok balak yang berada di tepi jalanraya.

 Apabila terlihat kereta ini ditarik selepas kejadian, sesiapa pun pasti tertanya-tanya, masih adakah penumpang kereta ini? Adakah dia selamat????

Bagaimana agaknya keadaan pemandu kereta ini?
Bagaimanakah pula keadaan dua orang penumpang kereta ini?

Sesampai di Bilik Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, aku terlihat beberapa muka yang aku kenali..
Tiga orang sahabat pemandu & penumpang2 itu telah berada di depan Bilik Kecemasan 5. Dan juga adik kepada penumpang pertama.

Menurut mereka, Penumpang pertama (P1) telah menelefon adiknya, HAfizi  untuk memaklumkan kejadian. Dia berjaya keluar dari kereta yang remuk & terbalik sebanyak 2 kali di sisi. Pemandunya tersepit di tempat duduk & dalam keadaan tercungap-cungap diserang asthma. Penumpang Kedua (P2) pula tersepit di kerusi belakang dalam keadaan tidak sedar. Dia kalut. Dalam kekalutan, Hafizi yg bergegas ke tempat kejadian dengan seorang kawannya, FAiz, telah terjatuh dari motor. Dalam kepayahan, mereka bangun tanpa menyedari yg masing-masing telah tercedera.

Sampai di tempat kejadian yg hanya 500 meter dari rumahnya, HAfizi juga kalut melihat keadaan dua lagi mangsa yg tersepit. Terus dia hidupkan enjin motor & bergegas ke rumah Raihan untuk minta pertolongan. Ayah Raihan terus menelefon JPA3 untuk bantuan. NAsib baik, team JPA3  sampai awal di tempat kejadian.

Pemandu terus mereka keluarkan dahulu ( tidak diketahui dengan jelas bagaimana caranya).
P2 yang tidak sedarkan diri, diangkat keluar melalui tingkat belakang yang terpaksa dipecahkan.
Dan ketiga-tiganya terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Kuasa Allah, tiada siapa dapat menekanya.
Terdapat kecederaan pada paru2, sakit didada (mungkin kerana hentakan stering kereta),dirawat kerana penyakit asthma yg telah dia hidapi dari kecil & beberapa 'open cuts' di beberapa tempat.
Penumpang pertama yang duduk disebelahnya patah bahu kiri & dijahit 6 jahitan di tepi kening kanannya. dan dibenarkan pulang ke rumah tidak sampai 24 jam dari waktu kejadian.
Penumpang kedua pula mengalami keretakan di leher & tulang pinggangnya dan masih menerima rawatan di HTAA, bersama dengan si pemandu..

                                ****************************************************

Migraine ni dah hampir 4 hari menetap dalam diriku..
Selepas menelan ubat, Hubby Baby suruh aku tidur dulu.
"Kena rehat tu.." katanya.
"Nanti karang lepas Isya' Olyn tidur ye.."jawabku..

"Ummi, boleh tak Along temankan HArith kat rumah dia?Ibu ngan ayah dia balik Johor kejap, ambik adik ngan sepupu dia" Tiba-tiba Along bersuara.. Kedengaran suara Harith di belakangnya..
"Apsal Harith tak ikut balik?"soalku ingin tahu.
"Ala..Ayah balik nak ambik adik ngan sepupu tu. Mana muat kereta?" JAwap HArith .
"No. Harith tidur sini je, kan senang."KAtaku.
""Bolehlah, makcik.." Rayu Harith dr belakang.
"Tidur sini je kan ke senang..."jawabku semula.
"Ummi...pleaseeee....Boleh eh, Bah..." Rayu Along memujuk aku dan abahnya.

JAwapan yang sama aku berikan. Itu le jawapanku setiap kali Along minta izin padaku. Dan aku juga tak pernah beri keizinan padanya untuk tidur di rumah kawannya yg juga jiran blok belakang kami.
RAyuan dan tegahan itu  berkali-kali bergema dalam bilikku dalam remang hari menghampiri waktu Maghrib.

Hubby BAby pandang padaku.. Dia angkat kening. Aku faham maksudnya..
"Makan macamana lak? Makan siini je." Hubby Baby bersuara.
 "TAkpe PAkcik. Ibu dah siap masakkan dah tadi" Saya makan kat rumah je,"JAwab Harith.

"Dengan syarat, makan & Isya' dulu, then baru leh gi sana. Tp ingat ye..jangan buat benda2 pelik..Jangan keluar rumah langsung!" Ingatanku keras.

9 pm, Along datang padaku.
"Ummi, Along gi umah Harith dulu ek.." Katanya lembut.
"Ingat tau pesan Ummi. Jgn keluar langsung! Jangan buat benda yg tak elok. Esok kul 10 pagi, balik. Jangan lambat sikit pun!" Aku ulang lagi pesanan  supaya dia ingat...

Selepas Along pergi, aku tonton sekejap rancangan TV dengan Hubby Baby dan terlelap. Dia pun mengangkat aku, meletakkan aku di atas katil.

Antara sedar dengan tidak, aku celik mata dan melihat Hubby Baby sedang bersiap untuk keluar.
"Tu mesti plant call. Mesti ada problem tu. TAk pun ada emergency work permit yang nak kena sign."Aku berkata dalam hati dan lelapkan mata.
Di luar, kedengaran  bunyi kereta berhenti.

"Assalamu'alaikum...Assalamu'alaikum!" ada yang memberi salam di pagar rumah kami.
Hubby BAby bergegas melihat siapa yang memberi salam selewat 11: 15 malam..

"Wa'alaikummussalam.."jawab Hubby BAby.
"Pakcik, Pakcik tahu tak Along dengan Harith accident?" Raihan berdiri di dalam rintik hujan bertanya cemas  pada Hubby Baby.
"Tahu dah. Tadi Ayah Harith call. Ni nak gi mana ni?" tanya Hubby Baby.
Kelihatan dalam Toyota Innove itu ada dua orang lagi remaja lelaki yang duduk di kerusi tengah kenderaan itu. Ayah Raihan memandang pada Hubby Baby sambil tersenyum & angkat tangan. Dia menurunkan cermin kereta.
"Kitorang nak pergi hospital ni. Tu yang singgah, tengok dua-dua kereta ada lagi kat umah ni. Takut kau tak tahu lagi pasal Along ngan Harith." Ayah Raihan menyatakan tujuannya.
" Dah tahu. TAdi Zainudin ada call aku dari Johor. Ni tengah bersiap la ni. Takpe. Kau pergi dulu.Terima kasih..JAp lagi aku dengan orang rumah aku sampai." ujar Hubby Baby.

Aku yang masih lelap, mendengar perbualan mereka tapi tak dapat ku dengar butirannya..
Aku tak ambil pusing. TAk lama selepas itu, kereta itu berlalu pergi.

" Yang, bangun, Yang.." Hubby BAby mengejutkan aku.
"Kenapa?" soalku.
"Siap cepat. Kita gi hospital." kata dia dengan tenang.
"NAk buat apa gi hospital? Olyn tadi dah makan dah pain killer" Jawabku.
"Cepat bangun, siap. Kita gi hospital. Along kat hospital." Dia masih menjawab dengan tenang.
"Apa? Along kat hospital? Dia kena asthma ke?"soalku semula.
"Along accident dengan HArith. Dia dah kat hospital dah ni" dia menerangkan dengan lebih jelas.

Bingkas aku bangun dan duduk dahulu di birai katil. Aku tak tahu apa yang harus aku katakan atau lakukan.
Aku terperanjat! Aku blur! Aku blank!
Bila ditegur, baru aku bingkas menukar baju..


"YA Allah YA tuhankami.. Kau selamatkan anak kami, Ya Allah. Kau lindungilah anak kami. Tolonglah Y a Allah! BAntulah kami!" doaku  sambil memerhatikan Hubby Baby yang sedang mengunci grildan sliding rumah serta pagar rumah.

Bermacam-macam persoalan yang timbul dalam benakku.
"MAcamana HArith dengan Along ni?" Macamana motor HArith ni?"
Dan beribu-ribu persoalan
 ( bukan lemon ye!) yang kusoalkan tanpa ada jawapannya..

Dengan perlahan, Hubby Baby bersuara..
"Dia accident kereta. Ada tiga orang ni... Ayah HArith yang call abang tadi. Along bawak kereta dia."

GULP! Aku terkedu sekejap.Aku beristighfar mencari kekuatan diri.
" Ya Allah! What was he thinking? Olyn dah ingatkan dah tadi jgn buat benda-benda pelik!KAt mana dia oarng accident, YAng?" tanya ku, mengharapkan jawapan yg pantas.
"Kata Ayah HArith, kat sebelum u-turn depan ni. KAtanya nak jalan2 kejap." jawab Hubby Baby dengan tenang, tapi aku dapat lihat kerisauan, kegusaran dalam setiap bait katanya..

Di selekoh menghala ke jalan besar dari kawasan perumahan kami, aku ternampak kilauan butiran kaca di tebing jalan. "Itu ke kaca-kaca dari kemalangan itu?" aku bertanya di dalam kotak fikiranku..
Beberapa puluh meter dari situ, aku terlihat kesan brek tayar sepanjang beberapa meter dan kesannya berhenti di satu tunggul pokok balak di tepi jalanraya 2 lorong itu.
""Yang, kat sini kot dia accident! Tengok kesan tayar tu!" Aku separuh menjerit pada Hubby BAby yang cuba memandu dengan tenang dalam hujan renyai-renyai yg masih berlarutan dari MAghrib tadi.
"Iye kot." dia menjawab pendek.

Aku terus meluahkan hati ku yang bercelaru saat itu.. Hubby BAby hanya bercakap bila perlu sahaja..

Dalam kesamaran malam yg hujan, aku dapat lihat sebuah tow-truck yang sedang bergerak dengan sebuah kereta berwarna hitam yang ditarik..
"Itu kot kereta ayah si HArith!" Aku berteka-teki didalam hati.
Semakin dekat kereta yang Hubby Baby pandu dengan tow-truck itu, semakin aku yakin, itulah keretanya.
Kereta itu aku selalu lihat bila aku melintasi rumah HArith setiap kali aku keluar untuk ke sesuatu tempat.
"Ya Allah! Hidup lagi ke Along? MAcamana HArith?Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!" Aku menjerit dalam hati.
"Yang, ini le kereta ayah HArith! MAsyaallah! Apa yang Along dah buat ni?????" Separuh menjerit aku bertanya kepada Hubby BAby yang masih tenang memandu menuju ke HTAA yang aku rasakan tersangat jauh di saat itu.
 
"Cepatlah YAng! YA Allah! Cepatlah sampai hospital!" Aku menangis dalam hati...

Sampai di hospital, Hubby Baby meletakkan kereta di depan Emergency Room. Ada dua buah ambulance yg terletak di hadapan pintu masuk.
"Ni ke ambulance yang bawak Along pi hospital?" Aku bertanya pada dia yang memegang tanganku dengan kemas, bagai mencari kekuatan & menyalurkannya kepada aku..

         **************************************************************************

Aku seorang ibu yang amat tegas dalam mendidik anak-anak.
Aku juga seperti ibu-ibu yang lain yang mahu anak-anak membesar menjadi manusia yang menghargai kehidupan dan matang dalam membuat keputusan mereka.
Aku memberikan pelajaran dunia dan pendidikan akhirat yang terbaik, mengikut kemampuan aku dan suami.
Aku sering mengingatkan anak-anakku bahawa ibu dan ayah adalah dua makhluk yang paling utama dalam hidup seseorang.
Aku mengajar anak-anak untuk berdikari sejak mereka kecil lagi.
Aku sanggup korbankan segalanya demi untuk anak-anak.
Aku lakukan semuanya demi kehidupan dunia & akhirat mereka di masa depan.
Aku hanya mengharapkan mereka sentiasa hormat pada ibu ayah & orang sekekliling.
TAk pernah sekalipun aku terlintas di dalam hati untuk mengharapkan mereka menghulurkan wang gaji mereka..hanya panggilan telefon dari anak-anak sudah mencukupi bagi kami.
Tapi panggilan telefon malam tadi adalah panggilan yang telah memberhentikan hidupku buat beberapa ketika.
Dalam beberapa ketika itu, hanya satu persoalan yang berlegar-legar dalam benak fikiranku.
"Dimanakah silapnya aku dalam mendidik Along???"

Di saat ini, aku mendoakan kesembuhan mereka bertiga yang terlibat.
Semoga Allah memberikan kesembuhan buat mereka bertiga dengan segera, terutamanya buat Shafiq.
Dan mudah-mudahan hikmah yang Allah sediakan buat kami tiga keluarga lebih menyedarkan kami akan kebesaran & kekuasaan Allah kerana mungkin kami telah terkurang dalam menghambakan diri kami kepadaNya...
Aku juga berdoa serta berharap, kejadian ini menjadi peringatan buat Along serta semua anak-anak kita yang sering memikirkan keseronokan bersama kawan-kawan... tanpa memikirkan kesannya kepada orang sekeliling...
Posted by Cool Lean at 02:23 2 comments http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif Links to this post
Bila Terlalu Berani 

17hb. Disember 2010
10:30 pm

Dalam hujan renyai yang berpanjangan dari Maghrib, sebuah kereta yang sedang meluncur di laluan kiri jalan 2 lorong, gagal dikawal... Pemandunya cuba untuk mengawal kenderaan. Dia memutarkan stering kereta tapi hilang kawalan. Akhirnya, inilah rupa kereta itu...
[Image] Wiper kereta terhenti dalam keadaan menegak, menunjukkan bahawa semasa kejadian itu, hujan masih renyai & jalan licin...
[Image] Bahagian sisi pemandu dan penumpang ketiga yg remuk kerana hentaman kuat di tunggul pokok balak yang berada di tepi jalanraya.
[Image] Apabila terlihat kereta ini ditarik selepas kejadian, sesiapa pun pasti tertanya-tanya, masih adakah penumpang kereta ini? Adakah dia selamat????
[Image]Bagaimana agaknya keadaan pemandu kereta ini?
Bagaimanakah pula kondisi 2 orang penumpang kereta ini?

Sesampai di Bilik Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, aku terlihat beberapa muka yang aku kenali..
Tiga orang sahabat pemandu & penumpang2 itu telah berada di depan Bilik Kecemasan 5. Dan juga adik kepada penumpang pertama.

Menurut mereka, Penumpang pertama (P1) telah menelefon adiknya, HAfizi  untuk memaklumkan kejadian. Dia berjaya keluar dari kereta yang remuk & terbalik sebanyak 2 kali di sisi. Pemandunya tersepit di tempat duduk & dalam keadaan tercungap-cungap diserang asthma. Penumpang Kedua (P2) pula tersepit di kerusi belakang dalam keadaan tidak sedar. Dia kalut. Dalam kekalutan, Hafizi yg bergegas ke tempat kejadian dengan seorang kawannya, FAiz, telah terjatuh dari motor. Dalam kepayahan, mereka bangun tanpa menyedari yg masing-masing telah tercedera.

Sampai di tempat kejadian yg hanya 500 meter dari rumahnya, HAfizi juga kalut melihat keadaan dua lagi mangsa yg tersepit. Terus dia hidupkan enjin motor & bergegas ke rumah Raihan untuk minta pertolongan. Ayah Raihan terus menelefon JPA3 untuk bantuan. NAsib baik, team JPA3  sampai awal di tempat kejadian.

Pemandu terus mereka keluarkan dahulu ( tidak diketahui dengan jelas bagaimana caranya).
P2 yang tidak sedarkan diri, diangkat keluar melalui tingkat belakang yang terpaksa dipecahkan.
Dan ketiga-tiganya terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Kuasa Allah, tiada siapa dapat menekanya.
Terdapat kecederaan pada paru2, sakit didada (mungkin kerana hentakan stering kereta),dirawat kerana penyakit asthma yg telah dia hidapi dari kecil & beberapa 'open cuts' di beberapa tempat.
Penumpang pertama yang duduk disebelahnya patah bahu kiri & dijahit 6 jahitan di tepi kening kanannya. dan dibenarkan pulang ke rumah tidak sampai 24 jam dari waktu kejadian.
Penumpang kedua pula mengalami keretakan di leher & tulang pinggangnya dan masih menerima rawatan di HTAA, bersama dengan si pemandu..

                                ****************************************************

Migraine ni dah hampir 4 hari menetap dalam diriku..
Selepas menelan ubat, Hubby Baby suruh aku tidur dulu.
"Kena rehat tu.." katanya.
"Nanti karang lepas Isya' Olyn tidur ye.."jawabku..

Ummi, boleh tak Along temankan HArith kat rumah dia?Ibu ngan ayah dia balik kampung kejap, ambik adik ngan sepupu dia" Tiba-tiba Along bersuara.. Kedengaran suara HArith di belakangnya..
"No. Harith tidur sini je."KAtaku.
""Bolehlah, makcik.." Rayu Harith dr belakang.
"Tidur sini je kan ke senang..."jawabku semula.
Itu le jawapanku setiap kali Along minta izin padaku. Dan aku juga tak pernah beri keizinan padanya untuk tidur di rumah kawannya yg juga jiran blok belakang kami.

Hubby BAby pandang padaku.. Dia angkat kening, yg aku faham maksudnya..
"Makan macamana lak? MAkan siini." Hubby Baby bersuara.
 "Dengan syarat, makan & Isya' dulu, then baru leh gi sana. Tp ingat ye..jangan buat benda2 pelik..Jangan keluar rumah langsung!" Ingatanku keras.

9 pm, Along datang padaku.
"Ummi, Along gi k.." Katanya lembut.
"Ingat tau pesan Ummi. Jgn keluar langsung! Jangan buat benda yg tak elok. Esok kul 10 pagi, balikJangan lambat sikit pun!" Aku ulang lagi pesanan  supaya dia ingat...

Selepas Along pergi, aku tonton sekejap rancangan TV dan terlelap. Hubby Baby pun mengangkat aku, meletakkan aku di atas katil.

Antara sedar dengan tidak, aku celik mata dan melihat Hubby Baby sedang bersiap untuk keluar.
"Tu mesti plant call. Mesti ada problem tu. TAk pun ada emergency work permit yang nak kena sign."Aku berkata dalam hati dan lelapkan mata.
Di luar, kedengaran  bunyi kereta berhenti.
"Assalamualaikum...Assalamualaikum!" ada yang memberi salam di pagar rumah kami.
Hubby BAby bergegas melihat siapa yang memberi salam selewat 11: 15 malam..
""Waalaikummussalam.."jawab Hubby BAby.
"PAkcik, Pakcik tahu tak Along dengan HArith accident?" Raihan bertanya  pada Hubby Baby.

Aku yang masih lelap, mendengar perbualan mereka tapi tak dapat ku dengar butirannya..
Aku tak ambil pusing. TAk lama selepas itu, kereta itu berlalu pergi.

" Yang, bangun, YAng.." Hubby BAby mengejutkan aku.
"Kenapa?" soalku.
"Siap cepat. Kita gi hospital." kata dia dengan tenang.
"NAk buat apa gi hospital? Olyn tadi dah makan dah pain killer" Jawabku.
"Cepat bangun, siap. Kita gi hospital. Along kat hospital." Dia masih menjawab dengan tenang.
"Apa? Along kat hospital? Dia kena asthma ke?"soalku semula.
"Along accident dengan HArith. Dia dah kat hospital dah ni" dia menerangkan dengan lebih jelas.

Bingkas aku bangun dan duduk dahulu di birai katil. Aku tak tahu apa yang harus aku katakan atau lakukan.
Aku terperanjat! Aku blur! Aku blank!
Bila ditegur, baru aku bingkas menukar baju..


"YA Allah YA tuhankami.. Kau selamatkan anak kami, Ya Allah. Kau lindungilah anak kami. Tolonglah Y a Allah! BAntulah kami!" doaku  sambil memerhatikan Hubby Baby yang sedang mengunci grildan sliding rumah serta pagar rumah.

Bermacam-macam persoalan yang timbul dalam benakku.
"MAcamana HArith dengan Along ni?" Macamana motor HArith ni?"
Dan beribu-ribu persoalan ( bukan lemon ye!) yang kusoalkan tanpa ada jawapannya..

Dengan perlahan, Hubby Baby bersuara..
"Dia accident kereta. Ada tiga orang ni... Ayah HArith yang call abang tadi. Along bawak kereta dia."

GULP! Aku terkedu sekejap.Aku beristighfar mencari kekuatan diri.
" Ya Allah! What was he thinking? Olyn dah ingatkan dah tadi jgn buat benda-benda pelik!KAt mana dia oarng accident, YAng?" tanya ku, mengharapkan jawapan yg pantas.
"Kata Ayah HArith, kat sebelum u-turn depan ni. KAtanya nak jalan2 kejap." jawab Hubby Baby dengan tenang, tapi aku dapat lihat kerisauan, kegusaran dalam setiap bait katanya..

Di selekoh menghala ke jalan besar dari kawasan perumahan kami, aku ternampak kilauan butiran kaca di tebing jalan. "Itu ke kaca-kaca dari kemalangan itu?" aku bertanya di dalam kotak fikiranku..
Beberapa puluh meter dari situ, aku terlihat kesan brek tayar sepanjang beberapa meter dan kesannya berhenti di satu tunggul pokok balak di tepi jalanraya 2 lorong itu.
""Yang, kat sini kot dia accident! Tengok kesan tayar tu!" Aku separuh menjerit pada Hubby BAby yang cuba memandu dengan tenang dalam hujan renyai-renyai yg masih berlarutan dari MAghrib tadi.
"Iye kot." dia menjawab pendek.

Aku terus meluahkan hati ku yang bercelaru saat itu.. Hubby BAby hanya bercakap bila perlu sahaja..

Dalam kesamaran malam yg hujan, aku dapat lihat sebuah tow-truck yang sedang bergerak dengan sebuah kereta berwarna hitam yang ditarik..
"Itu kot kereta ayah si HArith!" Aku berteka-teki didalam hati.
Semakin dekat kereta yang Hubby Baby pandu dengan tow-truck itu, semakin aku yakin, itulah keretanya.
Kereta itu aku selalu lihat bila aku melintasi rumah HArith setiap kali aku keluar untuk ke sesuatu tempat.
"Ya Allah! Hidup lagi ke Along? MAcamana HArith?Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!" Aku menjerit dalam hati.
"Yang, ini le kereta ayah HArith! MAsyaallah! Apa yang Along dah buat ni?????" Separuh menjerit aku bertanya kepada Hubby BAby yang masih tenang memandu menuju ke HTAA yang aku rasakan tersangat jauh di saat itu.
"Cepatlah YAng! YA Allah! Cepatlah sampai hospital!" Aku menangis dalam hati...

Sampai di hospital, Hubby Baby meletakkan kereta di depan Emergency Room. Ada dua buah ambulance yg terletak di hadapan pintu masuk.
"Ni ke ambulance yang bawak Along pi hospital?" Aku bertanya pada dia yang memegang tanganku dengan kemas, bagai mencari kekuatan & menyalurkannya kepada aku..

         **************************************************************************

Aku seorang ibu yang amat tegas dalam mendidik anak-anak.
Aku juga seperti ibu-ibu yang lain yang mahu anak-anak membesar menjadi manusia yang menghargai kehidupan dan matang dalam membuat keputusan mereka.
Aku memberikan pelajaran dunia dan pendidikan akhirat yang terbaik, mengikut kemampuan aku dan suami.
Aku sering mengingatkan anak-anakku bahawa ibu dan ayah adalah dua makhluk yang paling utama dalam hidup seseorang.
Aku mengajar anak-anak untuk berdikari sejak mereka kecil lagi.
Aku sanggup korbankan segalanya demi untuk anak-anak.
Aku lakukan semuanya demi kehidupan dunia & akhirat mereka di masa depan.
Aku hanya mengharapkan mereka sentiasa hormat pada ibu ayah & orang sekekliling.
TAk pernah sekalipun aku terlintas di dalam hati untuk mengharapkan mereka menghulurkan wang gaji mereka..hanya panggilan telefon dari anak-anak sudah mencukupi bagi kami.
Tapi panggilan telefon malam tadi adalah panggilan yang telah memberhentikan hidupku buat beberapa ketika.
Dalam beberapa ketika itu, hanya satu persoalan yang berlegar-legar dalam benak fikiranku.
"Dimanakah silapnya aku dalam mendidik Along???"

Di saat ini, aku mendoakan kesembuhan mereka bertiga yang terlibat.
Semoga Allah memberikan kesembuhan buat mereka bertiga dengan segera, terutamanya buat Shafiq.
Dan mudah-mudahan hikmah yang Allah sediakan buat kami tiga keluarga lebih menyedarkan kami akan kebesaran & kekuasaan Allah kerana mungkin kami telah terkurang dalam menghambakan diri kami kepadaNya...
Aku juga berdoa serta berharap, kejadian ini menjadi peringatan buat Along serta semua anak-anak kita yang sering memikirkan keseronokan bersama kawan-kawan... tanpa memikirkan kesannya kepada orang sekeliling...
Labels: Hati Seorang UMMI